Posted: 27 Sep 2008 10:16 AM CDT
Aksi Nabil dalam program Selamat Hari Raya Jiran Tetangga di RTM
Bersama artis lama untuk program di Astro.
Bersama pasangan dalam filem Lu Fikirkan Sendiri, Puteri Sarah Liyana
Tahun ini kalau tonton program hiburan di TV pasti akan terlihat kelibat Nabil (Raja Lawak). Banyak sungguh program yang menampilkannya tahun ini.
Bukan sahaja di saluran-saluran Astro, tapi wajah Nabil turut menghiasi program Hari Raya di RTM, TV3 dan saluran-saluran lain. Itulah rezeki raya namanya.
Kiranya raya tahun ini jadi tahun Nabillah. Nabil muncul dalam program hiburan serta program lawak jenaka.
Nabil juga bakal muncul dalam filem Lu Fikirlah Sendiri yang menampilkannya sebagai hero bergandingan dengan Puteri Sarah Liyana. Eh! Rampas heroin Mawi ke?
Sarah juga heroin filem Aduh Saliha yang masih lagi tertangguh. Nampaknya filem Nabil dululah yang akan muncul.
Petikan Sumber Dari : www.manggaonline.com.my
Posted: 25 Sep 2008 10:54 PM CDT
Keinginannya itu datang sendiri tanpa desakan sesiapa dan apatah lagi ketika menjalani sesi fotografi khas bersama Rap, keputusan itu dibuat secara ikhlas.
“Hendak diikutkan saya pasang niat lebih awal daripada itu ketika usia 19 tahun. Namun, seperti diketahui umum sebaik menyanyi, saya mengambil keputusan mendirikan rumah tangga.
“Keinginan bertudung tidak pernah padam cuma saya tidak pernah memberitahu sesiapa walaupun suami. Pada waktu sama, saya sibuk dengan kerjaya sebagai penyanyi yang memerlukan bergaya setiap hari jadi penampilan bertudung waktu itu dikatakan kurang sesuai.
“Keinginan hati kembali terusik apabila melihat penampilan beberapa personaliti televisyen memakai tudung. Dalam hati saya menyoal diri sendiri mengapa tidak memulakannya,” katanya.
Keazaman Nora untuk bertudung bertambah kuat apabila masuk 2008 dan kata isteri kepada komposer Johan Nawawi ini, waktu itu secara diam-diam dia sudah mula mencari dan mengumpul tudung yang dirasakan sesuai dengan penampilannya.
“Saya masih ingat bagaimana seronoknya mencari tudung di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Pening sebab macam-macam warna dan potongan ada. Saya tidak pernah tahu dan sekarang ini tidak perlu risau kerana ada pelbagai jenis fesyen tudung dijual di sana.
“Masuk pertengahan tahun, saya meminta pandangan suami mengenai keinginan untuk bertudung. Dia bagaimanapun mahu saya memikirkan semasak-masaknya.
“Saya tahu jauh di sudut hati, dia gembira dengan keputusan diambil. Suami pula kalau boleh mahu saya melakukannya dengan ikhlas dan bukan sebab terpaksa, mengikut orang atau sekadar mahu bergaya.
“Selain itu Johan turut menjelaskan kepada saya kemungkinan bakal berlaku jika saya bertudung. Saya faham maksudnya dan keputusan diambil ini adalah yang terbaik.
“Pada majlis sambutan hari jadi ke-35 akhirnya saya terus bertudung. Suami dan tiga anak tumpang gembira dengan penampilan baru saya ini,” katanya lagi.
Di samping itu Nora yang kini bergelar pengacara turut bertuah kerana rakan sekerja di TV9 ramai bertudung dan turut membantu memberikan tunjuk ajar.
“Maklumlah sebagai orang baru hendak membiasakan diri dengan tudung tentu sedikit kekok terutama dalam hendak menggayakannya. Rakan di TV9 menolong saya untuk menggayakan tudung mengikut kesesuaian.
“Selain itu mereka turut membelikan saya barang keperluan lain seperti sarung tangan dan baju diperlukan bagi wanita bertudung,” katanya lagi.
Menyentuh kerjaya seninya pula jelas Nora dengan penampilan baru sudah tentu banyak perubahan akan dilakukan terutama membabitkan lagu yang akan ditampilkan dalam album terbaru bakal diusahakan.
“Pertamanya, sudah tentu tiada lagu yang memerlukan saya menari apabila berada di atas pentas. Tema ditampilkan juga haruslah bersesuaian.
“Begitupun saya tidak begitu bimbang kerana sepanjang bergelar penyanyi peminat lebih menggemari saya mendendangkan lagu balada berbanding rancak.
“Tambahan pula sebagai pengacara rancangan wanita di TV9 yang dekat dengan budaya Melayu sudah tentunya penampilan saya ini sedang diterima orang luar. Tidak dinafikan ramai juga memberikan maklum balas positif dan mereka sukakan penampilan saya ini,” katanya.
Selain imej bertudung turut menjadi perhatian peminat sepanjang Ramadan ini adalah perniagaan kuih raya Secukup Rasa dan hamper diusahakan Nora.
Katanya perniagaannya itu sudah diusahakan tiga tahun lalu dan dibuat secara kecil-kecilan di peringkat awal untuk teman rapat.
“Pada peringkat awal saya hanya mencuba tetapi tidak sangka pula ramai yang meminatinya. Selepas itu perniagaan diusahakan ini semakin berkembang atas promosi mulut ke mulut.
“Masa mula-mula buat suami bising juga kerana kasihankan saya yang asyik membuat kraftangan bermula selepas sahur hinggalah petang. Memang hendak membuat hamper ini kerjanya renyah tetapi dalam waktu sama ia cukup melekakan,” katanya.
Menyentuh mengenai kuih raya pula jelas Nora, dia mempunyai beberapa pembekal yang amat dikenali. Malah, katanya sebelum barang mereka diambil, Nora terlebih dulu merasa dan melihat bagaimana ia dihasilkan termasuk kerja pembungkusan.
“Kebanyakan mereka ini membuat kuih sebagai pendapatan sampingan. Saya mengharapkan usaha memasarkan kuih dihasilkan mampu membantu mereka menjadi usahawan.
“Bermula dari perniagaan kecil mungkin kami boleh sama-sama berkembang dengan menjadi empayar dalam perniagaan pembuatan biskut. Impian saya selepas ini mahu memasarkan Nora Secukup Rasa di pasar raya besar dan terkenal,” katanya.
Petikan Sumber Dari : www.hmetro.com.my
Seyuman Ibu Mengandung – Erra Fazira
Posted: 26 Sep 2008 2.00 PM CDT
Semoga Erra dapat cahayamata yang manis macam ibunya, seyum selalu erra moga baby dalam tu… manis bila keluar nanti. Semoga selamat melahirkan baby nanti..Amin.
|
MTV Mahu Satukan SRK, Hrithik, Aamir? Posted: 24 Sep 2008 07:44 AM CDT Saluran muzik popular, MTV khabarnya mahu menyatukan 3 hero Bollywood paling popular iaitu Shah Rukh Khan (SRK), Hrithik Roshan dan Aamir Khan dalam program khas. Pun begitu ketiga-tiga aktor ini masih sibuk menyiapkan filem terbaru mereka.SRK dilaporkan masih berada di lokasi filem Rab Ne Bana Di Jodi di bawah penerbitan Yash Raj. Manakala, Hrithik sibuk di lokasi filem Kites sementara Aamir berhempas pulas untuk filem terbaru, Ghajini. Berbanding ketiga-tiga nama itu, Aamir boleh dianggap paling menyerlah kerana filem lakonan dan terbitannya pernah dicalonkan untuk Academy Awards.Idea untuk menyatukan mereka bertiga memanglah tepat kerana saham ketiga-tiga pelakon itu masih tinggi sekali pun hari ini ada ramai muka-muka baru dalam industri perfileman di Bollywood seperti Tushar Kapoor, Dino Morea dan Arjun Rampal. Disebabkan mereka terlalu sibuk, produksi itu terpaksa ditangguhkan perancangannya sehingga tahun depan. Kita tunggu dan lihat adakah rancangan menyatukan SRK, Aamir dan Hrithik itu akan berjaya. Petikan Sumber Dari : www.murai.com.my |
|
SMS punca gosip hubungan Norman, Abby bergolak Posted: 24 Sep 2008 07:37 AM CDT Sekalipun menafikan gosip keretakan rumah tangga, aktres popular pernah akui jiwa tertekan SEBELUM Zubir bercerita lebih lanjut mengenai desas-desus pergolakan rumah tangga pasangan artis popular, Norman Hakim dan Abby Abadi, Zubir ingin mengambil kesempatan pada Ramadan ini untuk ucapkan tahniah kepada mereka atas kelahiran cahaya mata ketiga, Maria Danisha Hakim pada 17 September lalu.
Menerusi ruangan ini pada 7 September lalu, Zubir ada menyiarkan sebuah artikel bertajuk, ‘Rumah tangga Norman, Abby kembali bergolak’ yang antara lain menyebut kononnya Norman sudah lama tidak pulang ke rumahnya di Ukay Perdana, sekali gus tidak risau keadaan isterinya yang sedang sarat mengandung. Khabar angin itu dimaklumkan seorang sumber yang sering makan di sebuah restoran berdekatan pejabat Norman. Justeru, Norman tampil membuat penjelasan menerusi Berita Harian terbitan 10 September, memberitahu: “Macam mana lewat sekalipun saya habis penggambaran, saya akan pulang ke rumah. Saya sayangkan keluarga, apatah lagi anak-anak juga sedang membesar dan memerlukan perhatian. Setiap saat saya menantikan kehadiran cahaya mata ketiga dengan penuh debaran.” Menerusi akhbar sama, Norman mendakwa dia kecewa kerana tiada siapa yang menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan berhubung gosip keretakan rumah tangganya. Kata Norman: “Bagi saya gosip ini klise. Saya tahu mengenai gosip dalam akhbar daripada Abby sendiri. Dia menghubungi saya memaklumkan perkara itu.” Sejurus membaca kenyataan Norman, Zubir terus mengirimkan SMS kepada Norman dan Abby untuk bertemu mereka, sekali gus bertanya kesahihan gosip yang pernah Zubir siarkan, namun selepas beberapa SMS dikirimkan, tiada sebarang balasan daripada mereka. Seminggu Zubir menunggu, tapi hampa.
Berasakan kredibiliti tulisan Zubir dipersoalkan, terpaksalah Zubir menyiarkan kiriman SMS yang datangnya daripada Abby sendiri. Sepatutnya Zubir tidak boleh mendedahkan siapa sumber, namun selepas beberapa peluang diberi supaya Norman dan Abby tampil memberi penjelasan tidak diendahkan, Zubir tiada pilihan lain. SMS pertama kiriman Abby bertarikh 28 Ogos: “Ya Bang, ada yang boleh saya tolong? Reply jelah SMS saya ni, Sekarang tak suka jawab phone, ‘jiwa tak tenteram’. SMS kedua bertarikh 30 Ogos: “Boleh tolong saya tak? Merayu sangat ni. Minta keluarkan kat paper kata Norman Hakim diminta balik untuk selesaikan masalah dengan isterinya. Boleh Bang? Tertekan sangat dah dengan keadaan sekarang ini. Memang hancur dah hati ini. Tolong Bang.” Akhirnya SMS ketiga daripada Abby pada tarikh sama berbunyi: “Hati tu sayang tapi keadaan macam tak menyebelahi saya. Makin teruk! Saya terlalu tertekan dengan keadaan. Lagi pulak menunggu hari nak bersalin ni, sedih sangat dibuatnya.” Mungkin ketika Abby mengirimkan SMS berkenaan, jiwanya kacau. Pun begitu, pada ketika ini Zubir harapkan keadaan rumah tangga Norman dan Abby memang benar kembali pulih sedia kala. Biasalah lautan mana tidak bergelora, begitu juga alam perkahwinan, sentiasa diduga dengan pancaroba. Terpulanglah pada kebijaksanaan kita menanganinya. Yang penting, baik Norman dan Abby, mereka tidak cepat melatah dengan gosip. Sebagai kawan yang sudah mengenali Norman dan Abby hampir 10 tahun, Zubir minta maaf zahir dan batin sekiranya mereka tersinggung dengan tulisan Zubir, lebih-lebih lagi dengan kehadiran Syawal, kita bermaaf-maafan, buang yang keruh, ambil yang jernih. Salam Aidilfitri buat Norman sekeluarga. Petikan Sumber Dari: Barita Harian |
|
Ikin pilih bulan madu di Mekah Posted: 23 Sep 2008 09:18 AM CDT
MEREKA diketahui umum sebagai pasangan kembar yang mula dikenali ramai selepas salah seorang daripada mereka dikaitkan menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi popular, Mawi.Nora’asikin Rahmat atau Ikin dan pasangan kembarnya Nora’ Ain atau Aein sebelum ini kurang dikenali umum, tetapi apabila Ikin disunting sebagai insan istimewa di hati juara Akademi Fantasia 3 itu, kehidupan mula berubah. Dan tempiasnya sudah pasti turut terkena kepada Aein. Di tengah-tengah kehangatan pihak media yang menanti pengumuman tarikh sebenar perkahwinan Mawi dan Ikin, tiba-tiba Aein mengumumkan dia juga bakal turut melangkah ke gerbang perkahwinan tidak lama lagi.Justeru adakah pasangan kembar ini akan berkahwin serentak dan menaiki pelamin secara serentak bersama pasangan masing-masing? Saat bertemu Ikin dan Aein pada rakaman program Melodi Raya baru-baru ini, terus sahaja persoalan itu ditebak kepada Aien. Mengakui bakal bergelar isteri, sama seperti Ikin, Aein sebaliknya memilih untuk bersuamikan lelaki daripada golongan yang bukan berlatar belakangkan anak seni. Malah, jejaka pilihannya yang berusia lewat 30-an itu merupakan seorang ahli perniagaan.
Menurut Aien, dia juga dapat membayangkan betapa meriahnya jika dia dan Ikin berkahwin serentak, apatah lagi mereka merupakan pasangan kembar. Namun, katanya dia harus harus akur kerana ibu mereka tidak bersetuju untuk mengadakan perkahwinan mereka secara serentak. “Mak tak bagi sebab katanya tak elok membuat persandingan serentak,” ujar ringkas Aein yang mengakui akan melangsungkan perkahwinan pada tahun depan, beberapa bulan selepas Ikin naik pelamin. Mengulas hubungannya dengan ahli perniagaan itu, Aein menegaskan hubungan dia dan jejaka tersebut mula serius sejak 10 bulan lalu. “Pada awalnya kami hanya teman biasa sahaja kerana kami sebenarnya jarang bersua disebabkan sibuk dengan komitmen kerja masing-masing,” tutur Aein. Lokasi bulan madu Ikin Menyentuh pula mengenai Ikin yang masih merahsiakan tarikh sebenar perkahwinannya dengan Mawi, biarpun umum mengetahui perkahwinan itu akan diadakan sekitar Disember ini beritahu Ikin, “Mengenai tarikh sebenar perkahwinan saya dan Mawi, tunggulah selepas Hari Raya nanti, suatu sidang media akan diadakan.”
Namun apa yang pasti, terpancar seribu kegembiraan pada wajah Ikin apabila berbicara mengenai hari bersejarah mereka bakal bergelar suami isteri itu, lebih-lebih lagi mengenai lokasi bulan madu mereka. “Saya pilih untuk berbulan madu di Mekah kerana di sana merupakan tempat yang paling istimewa bagi melakukan ibadah dan menenangkan fikiran. “Malah saya sendiri tidak sabar untuk ke sana kerana sebelum ini hanya dengar cerita dari orang lain sahaja,” ungkapnya sambil tersenyum. Jujur hatinya juga mengatakan usia mencecah 29 tahun membuatkan Ikin sudah bersedia baik dari segi mental mahupun fizikal untuk bergelar isteri. Pun begitu dia sedar itu semua bukan satu tanggungjawab yang mudah. Ditambah pula, sejak kebelakangan ini banyak sekali kes-kes perceraian berlaku di kalangan pasangan muda. Ini menjadikan Ikin cukup berhati-hati dalam segala tindakan. “Memang Ikin sudah bersedia dalam segala hal. Bukan apa usia pun dah 29 tahun kalau tak bersedia lagi tahun depan lagi tua dah cecah 30 tahun. Mana nak fikir perancangan anak, soal kehidupan. Inilah masa yang sesuai untuk kami,” jelas Ikin dengan bersemangat mengenai masa depannya itu. Membongkar lebih banyak kisah persiapan perkahwinan mereka, kata Ikin tidak banyak yang perlu dipersiapkan. “Ikin tak risau sangat soal persediaan (perkahwinan) sebab mak sendiri dah sanggup menawarkan dirinya untuk menolong apa sahaja yang diperlukan. Ikin cuma telefon emak sahaja,”katanya.
Menyentuh mengenai bulan Ramadan pula, Ikin memberitahu detik puasa kali ini juga amat bermakna kerana dia berkesempatan berbuka bersama keluarga Mawi pada hari pertama Ramadan. “Pada hari pertama berpuasa itu kami berbuka bersama dengan kedua-dua belah keluarga. Kami makan biasa sahaja, cuma beli di kedai dan makan bersama-sama,” jelasnya yang ditemani pasangan kembarnya Aein. Dalam sibuk berceloteh dan bercerita, Ikin sempat memuji keikhlasan hubungannya bersama Mawi dengan menyatakan buah hatinya itu sebenarnya bersikap cukup terbuka. Paling penting sekali Ikin perlu bijak menguruskan diri baik dari segi kerjanya bersesuaian dengan corak penampilan terkininya. Sejurus mendirikan rumah tangga kelak, akui Ikin lagi Mawi tidak pernah menyekat minatnya untuk menjadi artis seperti pelakon mahupun duta sebarang produk. “Mawi tak pernah halang malah dia kata, selagi orang dapat menerima kehadiran kita dalam bidang seni maka baik terima sahaja asalkan apa yang dilakukan itu tidak salah,” jelas Ikin.
Bersua nenek bongkok Ikin dan Aein dalam pada itu sempat berkongsi pengalaman ketika mereka di zaman kanak-kanak. Menariknya, mereka berdua sempat menceritakan tentang satu kejadian aneh di bulan Ramadan ketika usia masing-masing 12 tahun. Kejadian itu juga berlaku sewaktu mereka dan seorang teman baik pulang dari kelas tambahan. Dan apa yang berlaku pada malam itu membuatkan Ikin dan Aein demam teruk selama seminggu selepas terserempak dengan seorang nenek bongkok yang berjalan ke arah masjid. “Masa itu hujan. Kami bertiga buat tak tahu sebenarnya. Memang seram, tetapi paling menyeramkan tiba-tiba nenek itu cuba toleh ke arah kami dan tersenyum lebar. “Apa lagi lintang pukang kami lari,” cerita Aein bersungguh-sungguh agar meyakinkan orang yang mendengar cerita benar dizaman kanak-kanaknya itu. Petikan Sumber Dari: www.kosmo.com.my |
||||||
|
Bebas tuduhan hadiah hari jadi – Fazura Posted: 23 Sep 2008 09:18 AM CDT Inilah hadiah hari jadi saya yang ke-25 dan juga hadiah menjelang Aidilfitri yang terbaik untuk saya pada tahun ini.”Demikian luahan pelakon jelita, Fazura sambil menangis kegembiraan sejurus selepas dia dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam daripada tuduhan mencederakan seorang suri rumah di sebuah bar, empat tahun lalu. Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Samsudin yang akan genap 25 tahun Sabtu ini sebelum itu menghadapi tuduhan saman kerana mendatangkan cedera terhadap Geraldine Mariana Wong (gambar), 34, yang juga bekas menantu seorang menteri Kabinet. Pemenang gelaran pelakon harapan di Festival Filem Malaysia ke-17 melalui filem Bicara Hati itu didakwa melakukan perbuatan tersebut pukul 1.20 pagi di Bar Luna Pacific Regency Hotel & Apartments, Jalan Kia Peng di sini pada 19 Disember 2004. Ketika ditemui media di pekarangan mahkamah, heroin drama ‘Ezora’ itu memberitahu bahawa dia memang menanti-nantikan hari semalam dan bersyukur perjuangannya selama empat tahun kini selesai. “Saya memang bersedia dengan segala kemungkinan walaupun tidak sangka akan dibebaskan daripada tuduhan,” tambah Fazura yang ditemani rakan karibnya, pengacara, pelakon dan penyanyi Cheryl Samad.
Dalam pada itu, dia juga memberitahu sudah lama memaafkan Geraldine dan tidak menaruh dendam terhadap wanita itu. ”Kita semua manusia biasa dan semua orang tidak terkecuali melakukan kesilapan,” katanya. Malah kata Fazura lagi, jika dia terserempak dengan Geraldine, dia akan buat seperti biasa dan sama sekali tidak akan menjauhkan diri. Sementara itu, sebaik sahaja selesai prosiding, Fazura terus meluru ke arah Cheryl yang duduk bersama-sama dengan ibu dan ahli keluarga lain di galeri awam dan mereka terus berpeluk-pelukan sambil menitiskan air mata. Terdahulu, Majistret Aizatul Akmal Maharani membuat keputusan tersebut di akhir kes pembelaan selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah kes itu. Menurut Aizatul dalam penghakiman bertulisnya, tertuduh dalam pembelaannya memberi keterangan bahawa setelah insiden kali pertama dengan Geraldine, dia ingin keluar dari pub tersebut. Bagaimanapun, semasa beredar, Geraldine datang dari belakang dan menarik rambut Fazura dengan kuat. Fazura yang kesakitan cuba melepaskan diri dengan menghayunkan kasut ke arah Geraldine. Petikan Sumber Dari: www.kosmo.com.my |
||||||
|
Posted: 23 Sep 2008 09:07 AM CDT KUALA LUMPUR, 16 SEPT 2008 : Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa atau Datuk K malam tadi menafikan perkahwinan terbarunya bersama seorang pramugari di London dan menegaskan gosip itu sememangnya tidak berasas yang semata-mata ingin merosakkan rumah tangga beliau bersama isteri, Dato’ Siti Nurhaliza.Lebih daripada itu, suami kepada penyanyi handalan negara terbabit mengakui bahawa 99 peratus masanya adalah di sisi Siti walau ke mana pun termasuk ke luar negara seperti London. “Sebenarnya anda (wartawan) menerima maklumat itu daripada gosip yang tidak berasas iaitu satu kenyataan yang tidak betul. Ia semakin besar. Untuk dipendekkan cerita, saya menafikan perkara itu. Walaupun Siti sendiri tidak percayakan tentang perkara itu, dia turut bertanya adakah ia benar ataupun tidak. “Sejak saya berkahwin dengan Siti, boleh dikatakan 99 peratus masa saya hanya bersama Siti. Walaupun ke mana saya pergi, saya tetap bersama Siti. “Saya tidak berminat untuk menyiasat siapakah yang memulakan cerita ini. Ini pun bukan pertama kali berlaku kerana sebelum ini ada juga gosip yang mengatakan saya memukul Siti. “Saya berharap kenyataan ini akan menamatkan gosip yang semakin membesar,” kata Khalid ketika menghadiri majlis berbuka puasa serta pengumuman artis naungan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd di Menara Yayasan Tun Razak di sini, malam tadi. Secara berseloroh, Khalid mengatakan ada ‘monyet’ menggoncangkan pokok selepas wartawan bertanyakan “Masakan pokok boleh bergoyang jikalau tiada angin.” Gosip perkahwinan Khalid dengan pramugari di London tercetus sejak Ogos lalu yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini adalah dugaan terbaru yang melanda rumah tangga mereka berdua selepas khabar angin mengatakan Khalid pernah mencederakan Siti. Khalid turut mengakui inilah harga yang dibayar selepas mengahwini penyanyi tersohor tanah air. Menurut Siti pula, dia langsung tidak akan mempercayai cerita sedemikian dan akan tetap meneruskan tanggungjawab sebagai isteri yang baik. “Benda ini patut dibiarkan, jika ia dilayan ia akan jadi lebih berpanjangan. Orang yang membuat fitnah ini seronok jika agendanya berjaya. Apabila siti terbacanya, hati Siti sekecil kuman pun tidak percaya. Siti juga sudah bertanyakan suami adakah ia benar atau tidak dan jawapannya adalah tidak,” kata Siti. Petikan Sumber Dari: www.murai.com.my |



















